Tuesday 22 March 2016

Matius 20: 1 -16 Perumpamaan Tentang Pekerja

1: “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti perumpamaan ini. Seorang pemilik ladang anggur keluar pada waktu fajar untuk mengupah orang bekerja di ladangnya.

2: Dia bersetuju membayar mereka upah yang biasa dibayar untuk kerja sehari, iaitu sekeping wang perak. Lalu dia menyuruh mereka bekerja di ladang anggurnya.

3: Pada pukul sembilan pagi, pemilik ladang itu pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang sedang menganggur.

4: Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan membayar kamu dengan upah yang berpatutan.’

5: Mereka pun pergi. Pada pukul dua belas tengah hari dan juga pada pukul tiga petang, pemilik ladang itu melakukan hal yang sama.

6: Pada kira-kira pukul lima petang dia pergi lagi ke pasar dan nampak beberapa orang masih menganggur. Dia bertanya kepada mereka, ‘Mengapa sepanjang hari kamu membuang masa tanpa melakukan apa-apa?’

7: Mereka menjawab, ‘Tidak ada orang yang mengupah kami untuk bekerja.’ ‘Jika demikian, pergilah bekerja di ladang anggurku,’ kata pemilik ladang itu.  

8: Pada petang hari, pemilik ladang anggur itu berkata kepada ketua para pekerja, ‘Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir sampai kepada pekerja yang datang awal sekali.
9: Pekerja yang mula bekerja dari pukul lima petang, masing-masing menerima upah sehari sebanyak sekeping wang perak.

10: Oleh itu pekerja yang diupah sejak pagi berharap menerima lebih, tetapi mereka diberikan sekeping wang perak juga.

11: Apabila mereka menerima wang itu, mereka mula bersungut-sungut terhadap pemilik ladang itu.

12: Mereka berkata, ‘Pekerja-pekerja yang datang terakhir itu bekerja hanya satu jam, sedangkan kami bekerja sepanjang hari di bawah terik matahari. Tetapi jumlah yang tuan bayar kepada mereka sama dengan jumlah yang tuan bayar kepada kami!’ 

13: Pemilik ladang anggur itu menjawab salah seorang daripada mereka, ‘Dengarlah, kawan! Aku tidak menipu kamu. Bukankah kamu bersetuju bekerja dengan upah sekeping wang perak sehari?

14: Ambillah upahmu dan pulanglah. Aku memang hendak memberi pekerja yang datang terakhir itu, upah sebanyak yang kamu terima?

15: Tidakkah aku berhak berbuat sekehendak hatiku dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu cemburu kerana aku murah hati?’ ”  

16: Lalu Yesus berkata lagi, “Demikianlah orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir.”
MATIUS 20:1-16

No comments:

Post a Comment