Monday 21 March 2016

Matius 12: 33 - 37 Pokok dan Buahnya

33: Untuk mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok kamu tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya sesuatu pokok diketahui daripada buahnya.

34: Hai kamu orang jahat, bagaimanakah kamu dapat mengatakan perkara-perkara baik padahal kamu jahat? Orang mengucapkan apa yang terkandung di dalam hati. 

35: Seorang yang baik mengeluarkan perkara-perkara baik, kerana hatinya penuh kebaikan. Seorang yang jahat mengeluarkan perkara-perkara jahat, kerana hatinya penuh kejahatan. 

36: Ketahuilah bahawa pada hari Kiamat setiap orang harus mempertanggungjawabkan tiap-tiap kata yang tidak harus diucapkan.

37: Kata-kata kamu akan digunakan untuk menentukan sama ada kamu bersalah atau tidak.

No comments:

Post a Comment