Thursday 10 March 2016

1 Petrus 2 - Ayat 5 hingga 9

5: Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian, kamu menjadi imam khas yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus.

6: Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis,

"Aku telah memilih suatu batu yang berharga, yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas, dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan."

7: Batu ini sangat berharga kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya,

"Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama."

8: Di dalam Alkitab juga tertulis ayat ini,

"Inilah batu yang akan menyebabkan orang tersandung, batu yang akan menyebabkan mereka jatuh."

Mereka tersandung kerana mereta tidak percaya kepada firman itu. Demikianlah kehendak Allah bagi mereka.

9: Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri, Allah memimlih kamu untuk mengisythiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya.

No comments:

Post a Comment