Monday, 15 August 2016

Fear Not

If you have problem with fear and worry, I can tell you exactly where it came from! Christians who have downloaded fear and worry onto their mental hard drive get their primary information from the devil himself. Let me be blunt here - you are listening to the wrong voice! Press the mute button and open the Bible!

The Greek word for "fear" in both Ancient Hebrew and the Greek, implies a fleeing or a running away from something or someone. So, when the Bible instructs us to "fear not" it is in essence saying, "Don't run away!" Very few of us actually run away physically from a situation that frightens us, but where we actually run away is in our minds. 

The words "fear not" appear in tamde, at least 144 times in the Bible! And when the Bible says "fear not," it means do not run away. When you are afraid or worried, rather than running away, you need to run forward into all God has for you. The reason that Satan tries to give you spirit of fear so that you will run away from the blessings and power of God. The opposite of running away is pressing forward. When you are a son or a daughter of the Most High God and know the reality of serving Christ, you press forward. Do not linger over another thought that comes from the father of all lies but press on toward the goal!

If you are running scared, you are running backwards into your past and away from the arms of God. If you are pressing ahead, you are moving toward the prize of the upward call of God in Christ Jesus!

Knowing that you have not been given a spirit of fear from God, what has God given to you? He has given to you a spirit of power and love and a sound mind. Your mind needs to receive the message that you are one powerful chick! Did you know that the devil knows that you are powerful? He just doesn't want you to know that your are powerful! Declare it today - out loud - and unafraid:

I will not run scared but I will press forward into all that God has for me! Amen! 

There - didn't that feel good?

Lovely thought for all of us. Happy reading and enjoy your day. We both has our own fear. 

Thursday, 11 August 2016

Duniawi dan Syurgawi

Ketika kamu yakin bahawa kamu sudah dihidupkan semula, keinginan kamu juga berubah yakni kamu harus mengingini perkara-perkara di syurga. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi.

Image sources: Google Search
Rumah mewah contoh keinginan dunia yang tidak terbatas

Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi di dalam suatu kuasa tanpa kamu sedar. Hanya kuasa itu yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti. Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Tuhan terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan -keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya. 

Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi; marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun menggunakan kata-kata lucah. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya. 

Hendaklah kamu berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada orang yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. 


Pokok Palma + Jenis Sifat Manusia

Images: Credit from Google Search

Aku telah melihat kekalahan musuhku, dan mendengar teriakan orang jahat yang menyerang aku. Orang jujur akan menjadi makmur seperti pokok palma; mereka akan menjadi kuat seperti pokok sedar di Lebanon. Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah Tuhan, seperti pokok yang tumbuh dengan subur di Rumah Allah kita, dan tetap menghasilkan buah pada masa tua, dan sentiasa menghijau serta kuat.



Ada orang suka yang suka memberi tetapi masih bertambah kaya. Ada orang yang kedekut, tetapi bertambah miskin pula. Orang yang murah hati akan menjadi makmur. Orang yang suka menolong akan ditolong juga. Orang yang menyorok gandum akan dikutuk, tetapi orang yang menjual gandum akan dipuji. Orang yang bermaksud baik akan dihormati, orang yang mencari kejahatan akan mendapat kejahatan.

Orang yang bergantung kepada kekayaan akan jatuh seperti daun kering, tetapi orang salih akan menjadi makmur seperti tanaman subur. Orang yang mendatangkan kesusahan kepada keluarganya, tidak akan memiliki apa-apa. Orang bodoh akan menjadi hamba orang bijak selama-lamanya.

Kesalihan memberikan hidup, tetapi keganasan mencabut hidup itu. Jika orang baik menerima balasan di dunia, pastilah orang jahat dan berdosa mendapat hukuman.


Tuesday, 9 August 2016

Kuih Tradisional

Kadang-kadang perasaan nak makan sesuatu meluap-luap. Kalau satu jenis je, kira ok la. Kalau berjenis-jenis, macam mana nak makan? Pernah tak terjadi macam ni? Kadang-kadang pusing jalan nak cari makanan sampai berjam sebab banyak sangat dalam otak tapi tak dapat nak buat keputusan nak beli yang mana satu.

Bila tengok resepi sini sana, ada banyak kuih tradisional yang kita boleh beli untuk dinikmati. Sesekali, teringin membuat kuih itu sendiri. Tapi selalunya masa mula-mula buat, mungkin tak menjadi. Oleh kerana semangat kental, cuba lagi untuk kali kedua. Bila dah pandai sikit rasa macam nak buat sambil tutup mata, mula lah berniaga dengan kawan-kawan ofis. RM3 sepaket kecil. Ok juga harga tu. Jual sepuluh dapat RM 30. Mengikut order la.

Sekarang ni, saya teringin nak makan kuih sri muka. Sebenarnya, rasa dia tak la sesedap mana. Biasa saja. Tekak orang Malaysia memang suka sesuatu yang manis. Tapi kalau kira kalori untuk sepotong kuih sri muka ni, banyak la kalorinya. Tang mana plak nak letak semua lemak-lemak tu nanti?

Semoga bermanfaat.

Bersukacitalah

Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

Susah untuk diamalkan namun jika anda berusaha untuk melakukannya, pasti akan berjaya juga akhirnya.

Mazmur Kesyukuran

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira! Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.

Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia. TUHAN itu baik; Dia tetap mengasihi umat-Nya dan setia kepada mereka selama-lamanya.

Mordekhai

Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk. Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.

Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.