Tuesday 9 August 2016

Mordekhai

Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.

Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk. Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.

Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.

No comments:

Post a Comment