Tuesday 10 July 2018

Percampuran Perasaan

"Hai.." katanya kepada si Nina. Sungguhpun Nina jauh di mata, di mana ada kesempatan, dia pasti akan menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp kepada kekasih hatinya itu. Selang beberapa saat, telefonnya berbunyi menandakan buah hatinya online pada masa yang sama.

"Hai.." balas Nina. Jamal merasa sangat bahagia dengan balasan itu kerana sudah tentu Nina telah menunggu sejak pukul 7malam lagi untuk memastikan dia dapat menerima dan menghantar pesanan ringkas kepada kekasihnya itu.

"Dah tidur ke?" tanya Jamal dengan mesra. Sekilas dia memandang jam di tangan sambil mengharapkan si jantung hati akan terus menemani malamnya sebelum dia dapat menutupkan mata dan tidur dengan lena.

"Belum tidur la, sayang. Kan sekejap lagi nak tengok bola" balas Nina dengan manja sekali sehingga Jamal turut merasakan bahawa Nina berada dekat di sampingnya walaupun pada hakikatnya mereka berada jauh beribu batu antara satu dengan yang lain.

Demam bola piala dunia masih hangat diperkatakan termasuklah di antara mereka berdua, insan yang sedang berkasih.

"Nina jangan lupa sokong England ya. Jamal rasa tahun ni England mungkin akan menang" kata Jamal memulakan bicara mengenai bola. Pelbagai cerita ingin disampaikannya tentang bola namun dia memilih untuk berbicara sedikit sahaja tentang bola dan selebihnya dia hanya ingin mencurahkan rindu kepada kekasih hatinya itu.

"Jamal tidak tahulah Nina jika perasaan ini benar namun Jamal ingin Nina tahu bahawa Jamal sangat menyukai Nina dan Jamal berharap Nina tahu perasaan Jamal terhadap Nina ya" pesanan itu terus dihantar kepada Nina dan Jamal menanti dengan sabar jawapan dari Nina.

"Kalau benar bagai dikata, Nina akan tunggu Jamal untuk membuktikannya" balas Nina pendek namun besar ertinya buat Jamal yang sekarang ini berada di perantauan. Bukan senang mencari rezeki di perantauan. Lagi-lagi jauh dari si jantung hati. Tuhan sahaja yang tahu pergolakkan perasaan yang dihadapi oleh Jamal sekarang ini.

Jamal sangat merindui buah hatinya itu. Rindu untuk mendengar dan melihat sendiri jantung hatinya tersenyum dan ketawa. Jamal juga sukar untuk mentafsirkan rindu yang dirasainya namun dia percaya Nina juga merasakannya. Walaupun dia memiliki video gadis kesayangannya di dalam telefonnya, namun hatinya tidak mahu melihat rakaman video itu kerana merasakan itu tidak sama dengan melihat buah hatinya di depan mata. Biar sahaja video itu berada di foldernya telefon.

Video itu dihantar oleh kekasihnya beberapa hari sebagai pesanan sebelum dia bertolak ke luar negeri tempoh hari. Bertuahnya empunya badan yang kelihatan begitu bersahaja di saat dia menanti penerbangan ke Australia tempoh hari bersama temannya yang lain. Tidak disangkakan bahawa kali ini pemergiannya menambah kerinduan buat si Nina yang tercinta.

Pekerjaannya bersama Siemens International bermula semenjak habis belajar lagi. Di waktu itu dia tidak menyangka dia bakal merindukan seorang gadis bernama Nina yang berada di Malaysia. Mula mengenali Nina di tempat kerja kerana Nina menguruskan logistik pekerja antarabangsa memudahkan pertemuan di antara Jamil dan Nina secara tidak langsung. Walaupun bibit cinta lambat tumbuh, namun jauh di suduh hati Jamil lama mengakui bahawa dia sejak tahun 2016 lagi telahpun menaruh perasaan terhadap Nina. Oleh kerana sedang membina kerjaya, Jamal memilih untuk menjauhakan diri dan sebaik sahaja kerjayanya agak stabil, barulah dia bersedia untuk menawan cinta wanita tersebut.

Sungguh jauh Jamil berjalan, menapak hampir merata dunia namun tetap gadis bernama Nina ini yang dirindukannya.

"Oh Tuhan, berkatilah hubungan ini" detik Jamal di dalam hatinya.

Di saat Jamal mengelamun mengenai si Nina, Nina juga tengah melayan angaunya terhadap kekasihnya itu. Jauh di sudut hati, dia juga telah lama menyimpan perasaan terhadap jejaka itu. Cuma, sudah pastilah dia tidak mahu digelar sebagai perigi yang mencari timba. Kebetulan pula Jamal juga meminatinya dan segera meluahkan perasaan di saat mereka mulai ditawan rindu.

Sungguh cinta itu ajaib. Perasaan suka juga ajaib kerana ia bisa hadir di saat kita tidak pernah menjangkakannya.

"Sayang, awak kat mana ni? Tadi tanya kita dah tidur ke belum. Sekarang menghilang pula" kata Nina.

Tersenyum sendiri mendengar pertanyaan dari Nina itu, membuat Jamal begitu mengasihi perempuan itu. "Ye, sayang. Saya masih ada di sini. Menanti dengan penuh rindu dengan setiap pesanan darimu, sayang" kata Jamal dengan manja sekali. Walaupun sekadar di dalam pesanan ringkas, bagi Nina ianya cukup bermakna sekali.

"Betul ke ni? Boleh buktikan?" kata Nina.

" Saya sanggup berhempas pulas bekerja di sini dan kemudian walaupun saya sangat penat arini saya tetap akan meluangkan masa untuk menghantar pesanan ringkas kepadamu, sayang. Tidak cukupkah itu sebagai bukti bahawa saya benar-benar ikhlas dan rindu?" kata Jamal.

Betul juga tu kata Nina. Kesian Jamal cinta hatiku telah berkerja keras mencari wang ringgit untuk majlis pernikahan nanti, tetapi di dalam kesibukan itu dia tetap membahagikan masa di dalam  setiap hari menghantar pesanan kepadanya.

Tabahkanlah hatiku Tuhan. Semoga hati ini kuat menghadapi dugaan percintaan jarak jauh ini.

***Sambungan di kemudian hari









No comments:

Post a Comment