Tuesday 9 August 2016

Kuih Tradisional

Kadang-kadang perasaan nak makan sesuatu meluap-luap. Kalau satu jenis je, kira ok la. Kalau berjenis-jenis, macam mana nak makan? Pernah tak terjadi macam ni? Kadang-kadang pusing jalan nak cari makanan sampai berjam sebab banyak sangat dalam otak tapi tak dapat nak buat keputusan nak beli yang mana satu.

Bila tengok resepi sini sana, ada banyak kuih tradisional yang kita boleh beli untuk dinikmati. Sesekali, teringin membuat kuih itu sendiri. Tapi selalunya masa mula-mula buat, mungkin tak menjadi. Oleh kerana semangat kental, cuba lagi untuk kali kedua. Bila dah pandai sikit rasa macam nak buat sambil tutup mata, mula lah berniaga dengan kawan-kawan ofis. RM3 sepaket kecil. Ok juga harga tu. Jual sepuluh dapat RM 30. Mengikut order la.

Sekarang ni, saya teringin nak makan kuih sri muka. Sebenarnya, rasa dia tak la sesedap mana. Biasa saja. Tekak orang Malaysia memang suka sesuatu yang manis. Tapi kalau kira kalori untuk sepotong kuih sri muka ni, banyak la kalorinya. Tang mana plak nak letak semua lemak-lemak tu nanti?

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment