Thursday 12 July 2018

Percampuran Perasaan - Part 2 - Rindu

Rumah itu kelihatan sunyi. Walaupun suasana agak tenang, namun boleh dilihat bahawa setiap rumah di situ sudah mempunyai penghuni tetap. Melihatkan sebuah pengorek tanah tersidai di depan tempat meninggalkan kenderaan, betul-betul membuat Nina terdetik di hati untuk bertanyakan siapakah pemilik pengorek tanah tersebut.

"Bertuahnya kalau memiliki binatang sebesar itu, besar, tinggi, bergerak secara perlahan, dan yang paling menarik ianya berwarna oren" bisiknya. Sebenarnya Nina mempunyai impian untuk memiliki syarikat sendiri untuk menguruskan pelbagai projek kerajaan mahupun swasta. Tetapi oleh kerana kurang pendedahan mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan itu, impiannya kini tinggal kenangan. Namun, dia tetap mahu terus bermimpi agar suatu hari dia dapat mencapai impiannya itu.

"Harap-harap akan ada seseorang yang boleh memimpinku ke arah impianku itu,"desis Nina sambil memandu perlahan melalui kawasan terbabit. Di penghujung jalan,  selepas melihat tiada kereta di kedua-dua arah, dia keluar simpang dan terus menuju ke supermarket terdekat untuk membeli sedikit bahan basah.

+++++ Prolog

Teringat kisahnya jatuh cinta terhadap Nina secara tidak sengaja, Jamal tersenyum sendiri.  Kejadian pada hari itu seperti baru terjadi semalam dan dia sentiasa mengingati detik itu.

Dua tahun lepas, ketika dia datang untuk temuduga bersama syarikat Dermaga Asli Sdn Bhd, Jamal masih ingat dengan jelas bahawa Nina duduk di hadapan pintu masuk ke pejabat pengarah syarikat tersebut. Tersenyum manis, Nina yang berbaju blouse berwarna putih beropol menunjukkan bilik Encik Dahlan Hamidi yang telah menjadi pengarah syarikat tersebut selama hampir dua belas tahun.

Senyumannya itu nampak sungguh menawan hati, meskipun Nina tidak menyedarinya Jamal sendiri sudahpun jatuh hati kepadanya di waktu itu. Di saat dia menunjukkan arah pejabat Encik Dahlan kepadanya, hati Jamal sudah pun berbunga melihat keayuan wajah Nina itu. Sungguh dia jatuh cinta melihat mahluk Tuhan yang satu itu.

Dari jauh, Nina kelihatan seperti seorang yang sombong dan nampak pemarah orangnya di mata Jamal. Mungkin akibat tekanan kerja menjadikan seorang yang manis berubah menjadi sedemikian rupa sehinggakan Jamal tidak berani untuk menyapanya.

Namun jauh di sudut hati Jamal tahu mungkin suatu hari nanti pintu hati wanita itu pasti akan terbuka untuknya.

"Sebenarnya saya dah lama meminati kamu, Nina. Cuma kamu sahaja yang tidak pernah mengendahkan saya" ujar Jamal jujur.

"Yeke? Macam tak perasan pun" kata Nina.

"Macam mana la orang tu nak perasan kalau asyik sibuk jak melayan whatsapp dari buah hati" duga Jamal.

"Agaknya saya sibuk bermain Candy Crush kot" kata Nina.

"Saya rasa awak bukan bermain Candy Crush la sayang. Saya agak awak memang tengah berbalas pesanan dengan buah hati di waktu itu, sebab tu la awak tak perasan pun saya meminati awak biarpun dari jauh" kata Jamal.

"Sapa cakap saya tak perasan dengan kehadiran awak? Saya ada menjeling kat awak la masa awak datang ke pejabat tempoh hari" kata Nina berkeras.

"Awak tak pandang saya langsung la. Awak ada jak simpan nombor telefon saya kan tapi awak tak pernah pun hantar pesanan ringkas kepada saya" kata Jamal dengan nada sebak.

"Agak-agak siapa yang dulu menghantar pesanan ringkas ya? Adakah saya yang dulu menghantar pesanan ringkas kepada awak atau sebaliknya, Jamal?" tanya Nina.

Tanpa mengendahkan pertanyaan Nina itu, dia terus bertanya lagi "Dulu awak selalu sibuk kan? Sibuk apa agaknya ya?" duga Jamal lagi.

"Masa tu memang sah-sahla Nina sibuk main Candy Crush dan tengok Running Man. Mana ada hantar pesanan ringkas. Jamal jangan nak mengada tuduh yang macam-macam ya. Kalau dah berpunya, takkan Nina menerima cinta Jamal?" adu Nina.

Tersenyum lebar Jamal mendengar ucapan Nina itu. Mengingatkan detik itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan Jamal tersenyum sendirian.

Sambil mendengar lagu Slank "Ku Tak Bisa" terasa begitu jauh sekali Nina dari sisinya dan tempoh enam bulan terasa seperti enam tahun baginya sebelum berangkat pulang ke tanah air untuk bertemu dengan kekasih hatinya itu.

"Kau dan aku tercipta tak boleh berpisah, Nina" sambil menyanyikan bahagian itu dengan penuh perasaan sehingga akhirnya Jamal terlena akibat keletihan selepas hampir empat belas jam di tempat kerja.








No comments:

Post a Comment