Thursday 11 August 2016

Duniawi dan Syurgawi

Ketika kamu yakin bahawa kamu sudah dihidupkan semula, keinginan kamu juga berubah yakni kamu harus mengingini perkara-perkara di syurga. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi.

Image sources: Google Search
Rumah mewah contoh keinginan dunia yang tidak terbatas

Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi di dalam suatu kuasa tanpa kamu sedar. Hanya kuasa itu yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti. Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala). Perkara-perkara semacam itu membangkitkan kemurkaan Tuhan terhadap orang yang tidak menurut perintah-Nya. Dahulu kamu sendiri pun hidup menuruti keinginan -keinginan demikian, pada masa kamu dikuasai olehnya. 

Tetapi sekarang kamu tidak boleh berbuat hal-hal ini lagi; marah, mengamuk, dan mempunyai perasaan benci terhadap orang lain. Janganlah caci maki orang ataupun menggunakan kata-kata lucah. Janganlah saling mendustai, kerana kamu sudah membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya. Sekarang kamu menjadi manusia baru yang sentiasa dibaharui oleh Penciptanya. 

Hendaklah kamu berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada orang yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Di samping melakukan semua itu, kamu harus saling mengasihi, kerana kasih menyatupadukan kamu dengan sempurna. 


No comments:

Post a Comment