Wednesday 13 July 2016

Kekuatan Diri

Adakalanya, ada waktunya, sesuatu berlaku tanpa kita sedari. Adakalanya, ada waktunya, sesuatu itu terjadi bukanlah kerana kita menginginkannya berlaku. Tanpa kita sedar, dan sebelum kita meminta sepotong ayat memohon pertolongan, tangan ikhlas sudah dihulurkan.

2 Timotius 1:7
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.

Adakalanya, kehidupan kita menjadi terlalu pahit untuk diteruskan sehingga ada yang berani melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, Selidiki terlebih dahulu, amati sebetulnya bagaimana sesuatu perkara terjadi. Fokus kepada akar umbi permasalahan dan bukan atas faktor punca semata.

Mazmur 119: 7-10
Ketika aku mempelajari ketetapan Mu yang adil, aku akan memuji Engkau dengan hati yang murni. Aku akan taat kepada hukum-Mu, jangan sesekali tinggalkan aku! Bagaimanakah seorang pemuda dapat hidup dengan suci? Dia dapat hidup dengan suci dengan mentaati perintah-Mu. Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau; jangan biarkan aku menyimpang daripada peintah-Mu.

Ketuklah, maka pintu akan dibukakan untukmu. Mintalah, maka kamu akan diberikan.


No comments:

Post a Comment