Tuesday 7 June 2016

Mazmur 139: 13 - 24

13: Engkau menciptakan segala bahagian badanku; Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

14: Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa. Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan. Aku benar-benar menyedarinya.

15: Ketika tulang-tulangku dijadikan, dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku, ketika aku tumbuh di sana secara rahsia, Engkau tahu bahawa aku di sana.

16: Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku. Jangka masa hidupku sudah ditetapkan dan dicatat di dalam kitab-Mu, bahkan sebelum satu hari pun bermula.

17: Ya Allah, betapa sukarnya fikiran-Mu bagiku, dan betapa banyak jumlahnya.

18: Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir. Ketika aku bangun, aku masih bersama-samaMu.

19: Ya Allah, bunuhlah orang jahat, dan jauhkanlah pengganas daripadaku!

20: Mereka memfitnah Engkau, mereka menjahatkan nama-Mu.

21: Ya TUHAN, aku benci akan orang yang membenci Engkau!

22: Aku membenci mereka dengan sepenuh hati; aku menganggap mereka musuhku.

23: Selidikilah aku, ya Allah dan selamilah hatiku; ujilah aku dan ketahuilah fikiranku.

24: Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku, dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi.

No comments:

Post a Comment