Thursday 28 April 2016

Soalan Tentang Perkahwinan

1: Sekarang aku akan membincangkan masalah yang kamu tulis kepadaku. Jika seorang lelaki tidak berkahwin, hal itu baik.

2: Tetapi supaya tidak tergoda untuk melakukan perbuatan yang cabul, lebih baik setiap lelaki mempunyai isteri masing-masing dan seorang wanita mempunyai suami masing-masing.

3: Seorang suami harus memenuhi kewajipannya sebagai suami kepada isterinya, dan seorang isteri harus memenuhi kewajipannya sebagai isteri kepada suaminya. Masing-masing harus memenuhi kewajipannya kepada yang lain.

4: Seorang isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya yang berkuasa atas tubuhnya.

5: Janganlah saling jauhkan diri dalam hubungan suami isteri, kecuali kedua-dua belah pihak setuju,d an hanya untuk sementara waktu, supaya masing-masing dapat berdoa dengan tekun. Tetapi setelah itu, kamu harus melanjutkan hubungan suami isteri. Dengan demikian, Iblis tidak akan dapat menyebabkan kamu berdosa kerana kamu tidak dapat menahan nafsu.

6: Aku mengatakan hal ini bukan sebagai perintah, melainkan sebagai nasihat.

7: Sebenarnya aku lebih suka jika kamu semua menjadi seperti aku. Tetapi setiap orang sudah menerima kurnia yang khas daripada Allah. Seorang mempunyai kurnia ini, dan yang lain mempunyai kurnia itu.

8: Kepada mereka yang belum berkahwin dan kepada wanita yang sudah menjadi balu, inilah nasihatku:
"Lebih baik kamu tetap hidup sendirian seperti aku."

9:Tetapi jika kamu tidak dapat menahan nafsu, maka berkahwinlah. Lebih baik kamu berkahwin daripada nafsu berahi kamu berkobar-kobar.

10: Kepada mereka yang sudah berkahwin, beginilah perintahku. Sebenarnya bukan aku yang memberikan perintah ini, tetapi Tuhan. Seorang isteri tidak boleh meninggalkan suaminya.

11: Tetapi jika seorang isteri meninggalkan suaminya, dia harus tetap tidak bersuami, atau dia kembali kepada suaminya. Seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya.

12: Kepada yang lain aku berkata begini (ini nasihatku sendiri, bukan nasihat Tuhan): Jika seorang lelaki Kristian mempunyai isteri yang bukan Kristian, dan isterinya bersetuju untuk hidup bersama-sama dia, maka suami itu tidak boleh menceraikan isterinya.

13: Jika seorang wanita Kristian mempunyai suami yang bukan Kristian
dan suaminya bersetuju untuk hidup bersama-sama dia, maka isteri itu tidak boleh menceraikan suaminya.

14: Seorang suami yang tidak percaya kepada Kristus diterima oleh Allah, kerana perkahwinannya dengan isteri yang percaya kepada Kristus. Begitu juga seorang isteri yang tidak percaya kepada Kristus diterima oleh Allah kerana perkahwinannya dengan suami yang percaya kepada Kristus. Jika tidak demikian halnya, anak-anak mereka akan menjadi seperti anak-anak orang yang tidak mengenal Allah. Sebenarnya, anak-anak diterima oleh Allah. 

15: Tetapi jika seseorang yang bukan Kristian ingin meninggalkan isteri atau suaminya yang Kristian, biarlah dia berbuat demikian. Dalam hal yang sedemikian, suami atau isteri yang Kristian itu bebas membuat pilihan, tetapi Allah mahu kamu hidup dalam damai.

16: Hai isteri yang sudah percaya kepada Kristus, bagaimana kamu boleh tahu dengan pasti bahawa kamu tidak akan menyelamatkan suami kamu? Begitu juga, hai suami yang sudah percaya kepada Kristus, bagaimana kamu boleh tahu dengan pasti bahawa kamu tidak akan menyelamatkan isteri kamu?


No comments:

Post a Comment