Wednesday 13 April 2016

Lukas 14: 1 - 34

Yesus Menyembuhkan Seorang Sakit

1: Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus.

2: Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus.

3: Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ,
"Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?"

4: Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi.

5: Setelah itu Yesus berkata kepada mereka,
"Jika seorang di antara kamu mempunyai anak lelaki atau lembu jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menarik dia keluar pada hari itu juga?"

6: Mereka tidak dapat menjawab Yesus tentang hal itu.

Rendah Hati dan Murah Hati

7: Yesus memperhatikan beberapa orang tetamu memilih tempat terbaik. Oleh itu Dia menceritakan perumpamaan ini kepada semua.

8: Dia berkata,
"Jika seseorang menjemput kamu ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin ada orang yang lebih penting daripada kamu dijemput juga."

9: Lalu tuan rumah yang telah menjemput kamu berdua datang datang kepadamu dan berkata
"Maaf tempat ini telah disediakan untuk dia.' Tidakkah kamu akan berasa malu, lalu terpaksa duduk di tempat paling belakang?

10: Oleh itu, apabila kamu dijemput, pergilah duduk di tempat paling belakang, supaya tuan rumah berkata kepadamu,
"Marilah saudara, duduklah di tempat yang lebih baik."Lalu kamu akan dihormati di hadapan semua tetamu lain.

11: Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetatpi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.

12: Kemudian Yesus berkata pula kepada tuan rumah,
"Apabila kamu menjemput orang makan sianag atau makan malam, janganlah menjemput sahabat, atau saudara, atau sanak saudara, ataupun jiranmu yang kaya. Kelak mereka akan menjemput kamu pula dan dengan demikian kamu menerima balasan perbuatanmu.

13: Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta.

14: Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu. Kebaikanmu akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian."

Perumpamaan Tentang Perjamuan Besar

15: Salah seorang yang duduk bersama-sama Yesus mendengar kata-kata-Nya. Dia berkata kepada Yesus,
"Alangkah bahagianya mereka yang akan dijamu oleh Allah di Dunia Baru Allah!"

16: Yesus berkata kepada orang itu,
"Ada seorang yang sedang mengadakan jamuan besar. Dia menjemput banyak orang.

17: Apabila tiba masanya perjamuan itu dimulakan, dia mengutus hambanya kepada semua tetamu jemputan,
"Marilah, semuanya sudah siap!"

18: Tetapi seorang demi seorang mula memberikan alasan. Yang pertama berkata kepada hamba itu,
"Aku baru membeli sebidang tanah dan perlu memeriksanya. Maafkan aku."

19: Yang lain berkata,
"Aku baru membeli lima pasang lembu dan hendak mencuba haiwan itu. Maafkanlah aku."

20: Yang lain pula berkata,
"Aku baru sahaja berkahwin; itulah sebabnya aku tidak dapat datang."

21: Hamba itu pulang dan memberitahu tuannya segala perkara itu. Tuan itu sangat marah, lalu berkata kepada hambanya,
"Cepatlah pergi ke jalan dan lorong di kota. Jemput orang miskin, orang lumpuh, orang buta, dan orang tempang."

22: Kemudian hamba itu berkata,
"Tuan, perintah tuan sudah dijalankan tetapi masih banyak tempat kosong."

23: Lalu tuan itu berkata kepada hambanya,
"Pergilah ke jalan di luar kota, dan suruh semua orang datang ke rumahku penuh."

24: Ketahuilah, tidak seorang pun daripada tetamu yang dijemput itu akan menikmati perjamuanku!"

Pengorbanan Seorang Pengikut

25: Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka,

26: "Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku.

27: Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya sendiri dan mengikut Aku, tidak dapat menjadi pengikut-Ku.

28: Jika seseorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu dan mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu.

29: Jika tidak, setelah meletakkan batu asasnya dia tidak dapat menyudahkan pekerjaan itu. Lalu semua orang yang melihat apa yang telah berlaku akan mentertawakan dia.

30: Mereka akan berkata,
"Lihatlah, orang ini memulakan kerja tetapi tidak dapat menyudahkannya!

31: Jika seseorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak berperang dengan raja lain yang mempunya dua puluh ribu askar, raja itu akan duduk terlebih dahulu lalu  mempertimbangkan sama ada dia cukup kuat untuk melawan musuhnya.

32: Jika dia tahu bahawa dia tidak kuat, dia akan mengirim utusan untuk minta berdamai, semasa musuhnya masih jauh."

33: Akhirnya Yesus berkata,
"Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya."

Garam yang Tawar

34: "Garam sangat berguna, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu akan tidak dapat menjadi masin lagi.

35: Garam yang tawar tidak lagi berguna untuk menyuburkan tanah ataupun dijadikan baja; sebaiknya dibuang sahaja. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"


No comments:

Post a Comment