Thursday 28 April 2016

Hiduplah Sebagaimana Kamu Dipimpin oleh Tuhan

17: Hendaklah masing-masing hidup menurut pimpinan Tuhan seperti yang sudah ditentukan Tuhan baginya, semasa Allah memanggil dia. Inilah peraturan yang aku ajarkan kepada jemaah. 

18: Umpamanya, jika seseorang sudah bersunat semasa Allah memanggilnya, maka orang itu tidak boleh menghapuskan tanda sunat itu. Begitu juga jika seseorang itu tidak bersunat semasa Tuhan memanggilnya, orang itu tidak usah minta disunat.

19: Tidaklah penting sama ada orang bersunat atau tidak. Yang penting adalah mentaati perintah Allah.

20: Hendaklah tiap-tiap orang tetap hidup dalam keadaan seperti pada masa Allah memanggilnya dahulu.

21: Jika kamu hamba, semasa dipanggil oleh Allah, janganlah hal ini menyusahkan hati kamu. Tetapi jika kamu mendapat peluang untuk menjadi orang bebas, gunakanlah peluang itu.

22: Hamba yang percaya kepada Tuhan, menjadi orang bebas di sisi Tuhan. Demikian juga orang bebas yang percaya kepada Kristus, menjadi hamba Kristus. 

23: Allah sudah membeli kamu dan membayar harga dengan lunas. Oleh itu, janganlah jadi hamba manusia.

24: Saudara-saudaraku, hendaklah setiap orang hidup bersama-sama Allah seperti dalam keadaan pada waktu dipanggil oleh Allah.

Soalan Tentang Perkahwinan

1: Sekarang aku akan membincangkan masalah yang kamu tulis kepadaku. Jika seorang lelaki tidak berkahwin, hal itu baik.

2: Tetapi supaya tidak tergoda untuk melakukan perbuatan yang cabul, lebih baik setiap lelaki mempunyai isteri masing-masing dan seorang wanita mempunyai suami masing-masing.

3: Seorang suami harus memenuhi kewajipannya sebagai suami kepada isterinya, dan seorang isteri harus memenuhi kewajipannya sebagai isteri kepada suaminya. Masing-masing harus memenuhi kewajipannya kepada yang lain.

4: Seorang isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya yang berkuasa atas tubuhnya.

5: Janganlah saling jauhkan diri dalam hubungan suami isteri, kecuali kedua-dua belah pihak setuju,d an hanya untuk sementara waktu, supaya masing-masing dapat berdoa dengan tekun. Tetapi setelah itu, kamu harus melanjutkan hubungan suami isteri. Dengan demikian, Iblis tidak akan dapat menyebabkan kamu berdosa kerana kamu tidak dapat menahan nafsu.

6: Aku mengatakan hal ini bukan sebagai perintah, melainkan sebagai nasihat.

7: Sebenarnya aku lebih suka jika kamu semua menjadi seperti aku. Tetapi setiap orang sudah menerima kurnia yang khas daripada Allah. Seorang mempunyai kurnia ini, dan yang lain mempunyai kurnia itu.

8: Kepada mereka yang belum berkahwin dan kepada wanita yang sudah menjadi balu, inilah nasihatku:
"Lebih baik kamu tetap hidup sendirian seperti aku."

9:Tetapi jika kamu tidak dapat menahan nafsu, maka berkahwinlah. Lebih baik kamu berkahwin daripada nafsu berahi kamu berkobar-kobar.

10: Kepada mereka yang sudah berkahwin, beginilah perintahku. Sebenarnya bukan aku yang memberikan perintah ini, tetapi Tuhan. Seorang isteri tidak boleh meninggalkan suaminya.

11: Tetapi jika seorang isteri meninggalkan suaminya, dia harus tetap tidak bersuami, atau dia kembali kepada suaminya. Seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya.

12: Kepada yang lain aku berkata begini (ini nasihatku sendiri, bukan nasihat Tuhan): Jika seorang lelaki Kristian mempunyai isteri yang bukan Kristian, dan isterinya bersetuju untuk hidup bersama-sama dia, maka suami itu tidak boleh menceraikan isterinya.

13: Jika seorang wanita Kristian mempunyai suami yang bukan Kristian
dan suaminya bersetuju untuk hidup bersama-sama dia, maka isteri itu tidak boleh menceraikan suaminya.

14: Seorang suami yang tidak percaya kepada Kristus diterima oleh Allah, kerana perkahwinannya dengan isteri yang percaya kepada Kristus. Begitu juga seorang isteri yang tidak percaya kepada Kristus diterima oleh Allah kerana perkahwinannya dengan suami yang percaya kepada Kristus. Jika tidak demikian halnya, anak-anak mereka akan menjadi seperti anak-anak orang yang tidak mengenal Allah. Sebenarnya, anak-anak diterima oleh Allah. 

15: Tetapi jika seseorang yang bukan Kristian ingin meninggalkan isteri atau suaminya yang Kristian, biarlah dia berbuat demikian. Dalam hal yang sedemikian, suami atau isteri yang Kristian itu bebas membuat pilihan, tetapi Allah mahu kamu hidup dalam damai.

16: Hai isteri yang sudah percaya kepada Kristus, bagaimana kamu boleh tahu dengan pasti bahawa kamu tidak akan menyelamatkan suami kamu? Begitu juga, hai suami yang sudah percaya kepada Kristus, bagaimana kamu boleh tahu dengan pasti bahawa kamu tidak akan menyelamatkan isteri kamu?


Tuesday 26 April 2016

Pisang Goreng Kremes

~Pisang Goreng Kremes~

Bahan Pisang Goreng Kremes :
10 buah pisang uli
1.500 ml minyak goreng

Bahan Pencelup :
125 gram tepung terigu protein sedang (brand segitiga biru / gunung bromo)
1/4 sendok teh garam
250 ml air
1 sendok makan tepung beras
1 1/2 sendok makan gula aising

Bahan Kremesan :
1 liter air
240 gram tepung beras 45 gram tepung sagu
1 sendok makan garam
20 gram gula merah
2 butir kuning telur
1/4 sendok teh pewarna kuning tua

Cara Membuat :

1. Potong pisang seperti kipas melebar. Ketepikan.
2. Campur bahan pencelup hingga rata. Ketepikan.

3. Aduk bahan kremesan hingga rata. Ketepikan.
4. Ambil 1 sendok adunan kremesan, goreng dalam minyak panas hingga mengembang.
5. Masukkan pisang ke dalam bahan pencelup. Masukkan ke bagian tengah kremesan yang sedang digoreng.
6. Lipat kremes hingga menutupi pisang. Angkat, dan sajikan dengan hangat.

Thursday 21 April 2016

Bersedialah untuk Kedatangan Tuhan

1: Saudara-saudara seiman, kami tidak perlu menulis tentang masa dan waktu, apabila perkara-perkara ini akan berlaku.

2: Hal itu demikian kerana kamu sendiri tahu dengan jelas bahawa Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri datang pada waktu malam.

3: Apabila orang berkata,
" Semuanya aman dan tenteram,"

pada waktu itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba dan tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri. Hal itu akan berlaku dengan tiba-tiba seperti rasa sakit yang dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak.

4: Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, kamu tidak hidup di dalam kegelapan. Hari itu tidak seharusnya mengejutkan kamu seperti kedatangan pencuri.

5: Kamu semuanya orang yang hidup dalam cahaya, orang yang tergolong pada siang yang terang. Kita bukan orang yang hidup dalam kegelapan, atau yang tergolong pada malam yang gelap.

6: Oleh itu kita tidak seharusnya tidur seperti orang lain. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada.

7: Orang tidur pada malam hari; orang pun mabuk pada malam hari.

8: Tetapi kita ini orang yang tergolong pada siang yang terang. Oleh itu, kita harus berwaspada. Kita mesti percaya kepada Tuhan dan mengasihi orang lain, maka hal itu seperti melindungi diri dengan perisai dada. Dengan yakin kita berharap akan diselamatkan, dan hal ini seperti melindungi kepada dengan topi besi.

9: Allah memilih kita bukannya untuk mengalami kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.

10: Yesus mati untuk kita supaya kita boleh hidup bersama-sama Dia pada waktu Dia datang kelak, baik kita masih hidup ataupun telah mati pada waktu itu.

11: Oleh itu hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.

Roma 12: 1 - 21

Hidup Untuk Allah
1: Saudara-saudaraku! Kerana Allah sangat baik kepada kita, aku menggesa kamu supaya mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Allah, dan yang menyenangkan hati-Nya. Demikianlah seharusnya kamu beribadat kepada Allah.

2: Janganlah mengikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah memperbaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna. 

3: Karena kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua; Janganlah anggap diri kamu lebih baik daripada sepatutnya, tetapi nilailah diri masing-masing dengan rendah hati menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah, kerana kamu percaya kepada Yesus. 

4: Tubuh kita mempunyai banyak anggota, dan setiap anggota tubuh mempunyai tugas yang berlainan.

5: Begitu juga halnya dengan kita. Sungguhpun bilangan kita banyak, tetapi kita satu tubuh kerana kita bersatu dengan Kristus. Kita semua dihubungkan satu dengan yang lain sebagai anggota-anggota daripada satu tubuh.

6: Oleh itu, kita harus menggunakan kurnia-kurnia yang berlainan, menurut rahmat-Nya yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

7: Jika kita mempunyai kurnia untuk menolong orang lain, kita harus menolong mereka. Jika kita mempunyai karunia untuk mengajar, kita harus mengajar.

8: Jika kita mempunyai karunia untuk menggalakkan orang lain, kita harus melakukannya. Sesiapa yang mempunya kurnia untuk berkongsi milik dengan orang lain, harus melakukannya dengan murah hati. Sesiapa yang mempunya kurnia untuk menjadi pemimpin, harus memimpin dengan tekun. Sesiapa yang mempunyai kurnia untuk menunjukkan belas kasihan kepada orang lain, harus melakukannya dengan sukacita.

9: Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi tetap berpegang kepada apa yang baik. 

10: Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat. 

11: Janganlah malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah.

12: Kerana kamu berharap kepada Tuhan, bersukacitalah. Bersabarlah semasa mengalami kesusahan dan berdoalah sentiasa. 

13: Hendaklah kamu berkongsi milik dengan saudara seiman yang tidak kamu kenal ke rumah.

14: Berdoalah kepada Allah supaya Dia memberkati orang yang menganiaya kamu. Mintalah Allah memberkati mereka, dan janganlah meminta Allah mengutuk mereka. 

15: Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis.

16: Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugasan yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya. 

17: Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang. 

18: Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.

19: Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali membalas dendam. Di dalam alkitab tertulis,
"Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan"

20: Janganlah balas dendam, tetapi lakukanlah apa yang tertulis di dalam Alkitab,
"Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu'

21: Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan. 






Wednesday 20 April 2016

Roma 11: 33 - 36 Pujian bagi Allah

33: Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?

34: Di dalam Alkitab tertulis,
"Siapakah yang dapat mengetahui fikiran Tuhan? Siapakah yang dapat memberikan nasihat kepada-Nya?

35: Siapakah yang pernah memberikan sesuatu kepada Tuhan, sehingga Dia harus memberikan balasan?"

36: Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin. 

Wednesday 13 April 2016

Lukas 14: 1 - 34

Yesus Menyembuhkan Seorang Sakit

1: Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus.

2: Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus.

3: Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ,
"Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?"

4: Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi.

5: Setelah itu Yesus berkata kepada mereka,
"Jika seorang di antara kamu mempunyai anak lelaki atau lembu jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menarik dia keluar pada hari itu juga?"

6: Mereka tidak dapat menjawab Yesus tentang hal itu.

Rendah Hati dan Murah Hati

7: Yesus memperhatikan beberapa orang tetamu memilih tempat terbaik. Oleh itu Dia menceritakan perumpamaan ini kepada semua.

8: Dia berkata,
"Jika seseorang menjemput kamu ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin ada orang yang lebih penting daripada kamu dijemput juga."

9: Lalu tuan rumah yang telah menjemput kamu berdua datang datang kepadamu dan berkata
"Maaf tempat ini telah disediakan untuk dia.' Tidakkah kamu akan berasa malu, lalu terpaksa duduk di tempat paling belakang?

10: Oleh itu, apabila kamu dijemput, pergilah duduk di tempat paling belakang, supaya tuan rumah berkata kepadamu,
"Marilah saudara, duduklah di tempat yang lebih baik."Lalu kamu akan dihormati di hadapan semua tetamu lain.

11: Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetatpi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.

12: Kemudian Yesus berkata pula kepada tuan rumah,
"Apabila kamu menjemput orang makan sianag atau makan malam, janganlah menjemput sahabat, atau saudara, atau sanak saudara, ataupun jiranmu yang kaya. Kelak mereka akan menjemput kamu pula dan dengan demikian kamu menerima balasan perbuatanmu.

13: Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta.

14: Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu. Kebaikanmu akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian."

Perumpamaan Tentang Perjamuan Besar

15: Salah seorang yang duduk bersama-sama Yesus mendengar kata-kata-Nya. Dia berkata kepada Yesus,
"Alangkah bahagianya mereka yang akan dijamu oleh Allah di Dunia Baru Allah!"

16: Yesus berkata kepada orang itu,
"Ada seorang yang sedang mengadakan jamuan besar. Dia menjemput banyak orang.

17: Apabila tiba masanya perjamuan itu dimulakan, dia mengutus hambanya kepada semua tetamu jemputan,
"Marilah, semuanya sudah siap!"

18: Tetapi seorang demi seorang mula memberikan alasan. Yang pertama berkata kepada hamba itu,
"Aku baru membeli sebidang tanah dan perlu memeriksanya. Maafkan aku."

19: Yang lain berkata,
"Aku baru membeli lima pasang lembu dan hendak mencuba haiwan itu. Maafkanlah aku."

20: Yang lain pula berkata,
"Aku baru sahaja berkahwin; itulah sebabnya aku tidak dapat datang."

21: Hamba itu pulang dan memberitahu tuannya segala perkara itu. Tuan itu sangat marah, lalu berkata kepada hambanya,
"Cepatlah pergi ke jalan dan lorong di kota. Jemput orang miskin, orang lumpuh, orang buta, dan orang tempang."

22: Kemudian hamba itu berkata,
"Tuan, perintah tuan sudah dijalankan tetapi masih banyak tempat kosong."

23: Lalu tuan itu berkata kepada hambanya,
"Pergilah ke jalan di luar kota, dan suruh semua orang datang ke rumahku penuh."

24: Ketahuilah, tidak seorang pun daripada tetamu yang dijemput itu akan menikmati perjamuanku!"

Pengorbanan Seorang Pengikut

25: Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka,

26: "Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku.

27: Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya sendiri dan mengikut Aku, tidak dapat menjadi pengikut-Ku.

28: Jika seseorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu dan mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu.

29: Jika tidak, setelah meletakkan batu asasnya dia tidak dapat menyudahkan pekerjaan itu. Lalu semua orang yang melihat apa yang telah berlaku akan mentertawakan dia.

30: Mereka akan berkata,
"Lihatlah, orang ini memulakan kerja tetapi tidak dapat menyudahkannya!

31: Jika seseorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak berperang dengan raja lain yang mempunya dua puluh ribu askar, raja itu akan duduk terlebih dahulu lalu  mempertimbangkan sama ada dia cukup kuat untuk melawan musuhnya.

32: Jika dia tahu bahawa dia tidak kuat, dia akan mengirim utusan untuk minta berdamai, semasa musuhnya masih jauh."

33: Akhirnya Yesus berkata,
"Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya."

Garam yang Tawar

34: "Garam sangat berguna, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu akan tidak dapat menjadi masin lagi.

35: Garam yang tawar tidak lagi berguna untuk menyuburkan tanah ataupun dijadikan baja; sebaiknya dibuang sahaja. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"


Yesaya 40 : 28Tuhan Yang Kekal

28: Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar? TUHAN ialah Allah yang kekal; Dialah yang menciptakan seluruh bumi. Dia tidak pernah letih dan lesu. Tiada siapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

Monday 4 April 2016

Ibrani 11: 6

6: Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.