Wednesday 8 November 2017

Kesaksian

Di saat kita merasa diri lemah dan terjatuh dan jauh tertinggal di belakang, kuasa Tuhan terus membantu kita untuk berdiri teguh supaya kita tidak berputus asa. Mudah untuk menyatakan sesuatu namun amat susah ketika kita berusaha untuk melakukannya. Sesekali Tuhan menghantarkan malaikatnya untuk membantu kita walau tanpa kita sedari. Begitu besar kuasa Tuhan sehingga kita masih mampu bernafas di bumi ini.

Ada suatu ketika sewaktu anak kecil kita mengalami kelemahan tubuh, tiada yang lain kita mahukan malah kita sanggup jika penyakit itu disalurkan kepada kita yang lebih dewasa. Namun Tuhan itu adil dan selalu memerhatikan tingkah laku kita. Sedikitpun dia tidak membiarkan kita tertindas dengan keadaan dan dia hanya akan mencobai kita berdasarkan kemampuan kita untuk menanganinya. Tidak pernah sekali pun Dia menguji kita dengan sesuatu yang di luar batasan kita. Selagi kita percaya akan Dia, mukjizat tetap ada.

Seorang anak kecil yang belum memasuki umur setahun akan mengalami pelbagai penyakit yakni kerana dia mengalami proses membesar yang agak memeritkan. Sesuai dengan umurnya, dia akan demam di kala giginya ingin bertumbuh. Di umur sekecil itu, tiada siapa dapat meneka bagaimana kesakitan yang ditanggungnya sehingga ibu bapa tidak tahu harus bagaimana. Ramai akan pergi erjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya bagi memastikan tiada apa-apa yang merisaukan terjadi ke atas anak kecil itu. Di saat mereka mengalami kelemahan tubuh seperti itu, tiada ibu bapa yang sanggup melihat saja dan di saat itu keajaiban selalu berlaku. Bertenang lah mereka yang percaya, kerana sesungguhnya Tuhan mendengar doa kita dan mukjizat itu nyata.

Di dalam kita mengalami proses ekonomi yang sangat meruncing kebelakangan ini yang disebabkan oleh kejatuhan harga minyak yang turun secara mendadak dan setiap negara merasakan bahangnya, sehingga menyebabkan banyak terjadinya kes kecurian di kawasan perumahan, rompakan bank yang berleluasa, dan juga penyeluk saku. Ini semua adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sangat membebankan untuk semua orang. Malah kegiatan dadah juga terus berleluasa bukan kerana individu yang menjual tapi kerana kebanyakan penagih mengalami kemurungan kerana masalah kewangan. Namun, ternyata mereka tidak berfikir panjang sebelum bertindak malah ia bukan menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya menambahkan beban mereka serta memudaratkan kesihatan mereka.

Ternyata, walaupun sempit dan susahnya jalan yang kita titi ketika ini, renungkan sebentar. Jika Tuhan tidak memberikan kita wang secukupnya, cukup sekadar kesihatan yang baik sudah memadai untuk kita menyedari kebaikan Tuhan. Setiap yang berlaku, pasti ada hujungnya asal kita tetap percaya dan berperbuatan sebaiknya.

Putihkan hati kami Tuhan, seperti hatimu, agar dapat kami jalani hidup ini sesuai dengan kehendakmu.